Salam Ramadhan semasa retreat Nisa minggu lepas, saya tidak berkesempatan mengikuti program mereka. Sedih juga tapi dalam kehidupan banyak perkara perlu di nilai dan membuat pilih yang terbaik...namun walaupun tidak dapat hadir namun ada beberapa yang dapat dikongsi dari kak lyn hehehe...
Salah satu slot semasa retreat tu ialah Lau kana Bainana ( Sekiranya kau bersama kami). Video dibawah tentang seorang pengujung pasaraya ditanya jika diberi kesempatan seminit bersama Rasulullah s.a.w...sebuah rancangan realiti tv di negara arab.
http://www.youtube.com/watch?v=ClLyqc4gtK4
Rasa - rasanya kalau kita. apakah yang kita jawab @ kita rasa semasa ditanya soalan macam tu...
apa pun jawaban menentukan iman seseorang itu. Marilah sama- sama kita muhasabah dan berselawat ke atas Baginda yang telah banyak berkorban untuk kita dan sangat kasih pada umat baginda. (^^,)
Hayati Ramadhan kali ini dengan persepsi dan tindakan baru...ini sekadar berkongsi video yang menarik. Ayuh pemuda - pemudi islam kita kembali ke orbit yang sebenar...muhasabah buat diriku yang sering alpa hehehe
Alhamdulillah masih sempat untuk saya merebut Tawaran Mega dari Maha Pencipta dan Maha Kaya...mudahan tawaran kali dapat saya rebut dengan sebaiknya..cuma kali ini saya berazam agar penghayatan Ramadhan kali ini lebih baik berbanding yang lepas- lepas.
Ramadhan
kedatangan keluargamu sudah lama ku nanti
namun persiapan ku tidak semegah kemuliaanmu
jauh di sudut hati terasa bersalah dan malu dengan Tuanmu
Ramadhan
kau datang membawa pelbagai hadiah
Tanda kasih dariNya
Ramadhan
mungkin ini kali terakhir ku bertemu mu
moga ini terbaik dariku
walau tidak sehebat orang lain
Ramadhan
pandangla diriku dengan kasih sayang
kerana kedatanganmu sangat bererti
bagi sesiapa yang menghargai
Ramadhan...
ya Ramadhan
Selamat datang...
Ya Allah terima kasih...alhamdulillah ya rabb kerana memberi ku peluang kali ini.
Salam dah lama saya tidak menjeguk blog ini. Hari ini terdetik dihati untuk berkongsi kartun yang sangat comel tapi sangat menyentuh perasaan saya sebagai muslim..memang mencabar untuk menjadi seorang muslim di masa kini... Mungkin cabaran pada zaman Rasulullah SAW di awal penyebaran islam lebih dasyat.
Cabaran Seorang gadis
Cabaran Seorang Ibu
Tak nak plak...(*_*)
Adil ke macam ni???
Cabaran generasi kita (mereka takut kita lebih bijak dari mereka)
Walau apa pun berbanggalah jadi Muslim....
Teruskan perjuangan sebagai khalifah dan pejuang di muka bumi...sesungguhnya ya Rasulullah kami bangga menjadi umat mu..kerana kami mempunyai pemimpin yang agung dan Allah yang Maha Kuat
Ya Allah bagilah bantuan kepada Misi Kemanusiaan ke GAZA..dan penduduk Palestine. Ya Allah turunkan tenteraMu Ababil ke atas tentera Israel yang zalim..
Selasa, 01/06/2010 – Flotilla Kebebasan yang terdiri daripada 9 buah kapal yang belayar ke Semenanjung Gaza, mendedahkan respon PBB dan komuniti antarabangsa yang berat sebelah terhadap kepungan yang telah berlangsung selama 3 tahun kerajaan rejim Zionis ke atas Gaza. Kepungan yang merangkumi kawasan darat, laut dan udara itu telah menghalang impot dan ekspot barang-barang keperluan dan manusia, masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza sejak 35 bulan lalu.
Ini mengakibatkan sebanyak 1.4 juta penduduk Palestin terpaksa hidup bersesak-sesak di dalam kawasan yang kecil. Lebih daripada separuh populasi penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak dan hampir 80% daripada mereka terpaksa hidup dalam kedaifan. 90% sumber air semulajadi mereka pula tidak boleh diminum. Manakala sekolah dan khidmat kesihatan semakin buruk sejak Zionis menyerang Gaza pada 2008-2009.
PBB dan agensi bantuan antarabangsa telah menghantar sedikit sahaja bekalan makanan dan keperluan asas manusia ke Gaza, yang hanya mampu mencegah kebuluran dan penyebaran wabak. Dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza, rejim Zionis telah menghalang PBB dan organisasi-organisasi kemanusiaan daripada menghantar bahan-bahan keperluan dengan kuantiti dan jenis yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk Gaza untuk pembangunan semula. Oleh itu, sedikit bantuan yang diterima itu tidak pernah cukup untuk menghalang keadaan hidup dan khidmat yang kritikal seperti air, kebersihan, pendidikan dan kesihatan daripada menjadi semakin buruk hari demi hari.
Prinsip utama bagi bantuan kemanusiaan adalah bantuan mestilah dihantar dengan keadaan asas dan tidak terpisah/ rosak, tidak boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik. Kesemua prinsip utama ini tidak wujud dalam operasi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Semenanjung Gaza.
sumber : The Palestine Telegraph penterjemah : salwa
Ayuh semua tunjukkan keprihatinan kita sebagai umat islam.
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA.
Mari semua kita berkumpul di Surau Tabung Haji pada pukul 10 pagi, Jumaat (4 June 2010). Kita akan bergerak ke Kedutaan Amerika dari Surau Tabung Haji. Sila bawa kain rentang dan sepanduk yang membawa message bantahan dan kutukan ke atas tindakan biadap rezim zionis Israel.
Ini kali pertama saya buat blog ini ...jadi banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan jelajahi...hehehe pening juga la nak buat blog ni..maklum la saya memang tidak berminat dunia siber dan it..tapi akhirnya berjaya juga memasuki dunia baru...hehehe cayo! cayo! kepada kawan2 sila la beri sokongan dan sudi berkongsi idea..(^^,) kira hobi baru la plak....hehehe