Author: Amakusa
•1:07 AM

Rahsia Di Sebalik Iklan TV3, Kebetulan atau Sengaja?

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.


Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

Pokok Krismas – Simbol Paganism



Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.


Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..


Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).


PETIKAN DARI :AMIRUL AMIN

Author: Amakusa
•7:51 PM
Salam Ramadhan semasa retreat Nisa minggu lepas, saya tidak berkesempatan mengikuti program mereka. Sedih juga tapi dalam kehidupan banyak perkara perlu di nilai dan membuat pilih yang terbaik...namun walaupun tidak dapat hadir namun ada beberapa yang dapat dikongsi dari kak lyn hehehe...

Salah satu slot semasa retreat tu ialah Lau kana Bainana ( Sekiranya kau bersama kami). Video dibawah tentang seorang pengujung pasaraya ditanya jika diberi kesempatan seminit bersama Rasulullah s.a.w...sebuah rancangan realiti tv di negara arab.


http://www.youtube.com/watch?v=ClLyqc4gtK4

Rasa - rasanya kalau kita. apakah yang kita jawab @ kita rasa semasa ditanya soalan macam tu...
apa pun jawaban menentukan iman seseorang itu. Marilah sama- sama kita muhasabah dan berselawat ke atas Baginda yang telah banyak berkorban untuk kita dan sangat kasih pada umat baginda. (^^,)

Author: Amakusa
•11:07 PM
Hayati Ramadhan kali ini dengan persepsi dan tindakan baru...ini sekadar berkongsi video yang menarik. Ayuh pemuda - pemudi islam kita kembali ke orbit yang sebenar...muhasabah buat diriku yang sering alpa hehehe



sumber di petik dari:


Author: Amakusa
•1:51 AM
Alhamdulillah masih sempat untuk saya merebut Tawaran Mega dari Maha Pencipta dan Maha Kaya...mudahan tawaran kali dapat saya rebut dengan sebaiknya..cuma kali ini saya berazam agar penghayatan Ramadhan kali ini lebih baik berbanding yang lepas- lepas.





Ramadhan
kedatangan keluargamu sudah lama ku nanti
namun persiapan ku tidak semegah kemuliaanmu
jauh di sudut hati terasa bersalah dan malu dengan Tuanmu

Ramadhan
kau datang membawa pelbagai hadiah
Tanda kasih dariNya

Ramadhan
mungkin ini kali terakhir ku bertemu mu
moga ini terbaik dariku
walau tidak sehebat orang lain

Ramadhan
pandangla diriku dengan kasih sayang
kerana kedatanganmu sangat bererti
bagi sesiapa yang menghargai

Ramadhan...
ya Ramadhan
Selamat datang...

Ya Allah terima kasih...alhamdulillah ya rabb kerana memberi ku peluang kali ini.

untuk berpuasa (^^,)

Author: Amakusa
•12:18 AM
Salam dah lama saya tidak menjeguk blog ini. Hari ini terdetik dihati untuk berkongsi kartun yang sangat comel tapi sangat menyentuh perasaan saya sebagai muslim..memang mencabar untuk menjadi seorang muslim di masa kini... Mungkin cabaran pada zaman Rasulullah SAW di awal penyebaran islam lebih dasyat.


Cabaran Seorang gadis


Cabaran Seorang Ibu



Tak nak plak...(*_*)

Adil ke macam ni???


Cabaran generasi kita (mereka takut kita lebih bijak dari mereka)

Walau apa pun berbanggalah jadi Muslim....

Teruskan perjuangan sebagai khalifah dan pejuang di muka bumi...sesungguhnya ya Rasulullah kami bangga menjadi umat mu..kerana kami mempunyai pemimpin yang agung dan Allah yang Maha Kuat

Author: Amakusa
•12:46 AM
Mari kita hayati lirik lagu ni...
Subahanallah sesungguhnya beruntunglah bagi orang yang mahu berfikir.

Author: Amakusa
•2:13 AM
Save For Gaza



Ya Allah bagilah bantuan kepada Misi Kemanusiaan ke GAZA..dan penduduk Palestine.
Ya Allah turunkan tenteraMu Ababil ke atas tentera Israel yang zalim..
Author: Amakusa
•10:03 PM



Selasa, 01/06/2010 – Flotilla Kebebasan yang terdiri daripada 9 buah kapal yang belayar ke Semenanjung Gaza, mendedahkan respon PBB dan komuniti antarabangsa yang berat sebelah terhadap kepungan yang telah berlangsung selama 3 tahun kerajaan rejim Zionis ke atas Gaza. Kepungan yang merangkumi kawasan darat, laut dan udara itu telah menghalang impot dan ekspot barang-barang keperluan dan manusia, masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza sejak 35 bulan lalu.

Ini mengakibatkan sebanyak 1.4 juta penduduk Palestin terpaksa hidup bersesak-sesak di dalam kawasan yang kecil. Lebih daripada separuh populasi penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak dan hampir 80% daripada mereka terpaksa hidup dalam kedaifan. 90% sumber air semulajadi mereka pula tidak boleh diminum. Manakala sekolah dan khidmat kesihatan semakin buruk sejak Zionis menyerang Gaza pada 2008-2009.

PBB dan agensi bantuan antarabangsa telah menghantar sedikit sahaja bekalan makanan dan keperluan asas manusia ke Gaza, yang hanya mampu mencegah kebuluran dan penyebaran wabak. Dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza, rejim Zionis telah menghalang PBB dan organisasi-organisasi kemanusiaan daripada menghantar bahan-bahan keperluan dengan kuantiti dan jenis yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk Gaza untuk pembangunan semula. Oleh itu, sedikit bantuan yang diterima itu tidak pernah cukup untuk menghalang keadaan hidup dan khidmat yang kritikal seperti air, kebersihan, pendidikan dan kesihatan daripada menjadi semakin buruk hari demi hari.

Prinsip utama bagi bantuan kemanusiaan adalah bantuan mestilah dihantar dengan keadaan asas dan tidak terpisah/ rosak, tidak boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik. Kesemua prinsip utama ini tidak wujud dalam operasi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa


Ayuh semua tunjukkan keprihatinan kita sebagai umat islam.




GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA.

Mari semua kita berkumpul di Surau Tabung Haji pada pukul 10 pagi, Jumaat (4 June 2010). Kita akan bergerak ke Kedutaan Amerika dari Surau Tabung Haji. Sila bawa kain rentang dan sepanduk yang membawa message bantahan dan kutukan ke atas tindakan biadap rezim zionis Israel.
Author: Amakusa
•4:24 AM


Salam....hehehe...Perkahwinan! emm ni topik hangat...biasa la kalau umur dah meningkat memang topik ini akan berlegar - legar di kepala, dan persoalan orang - orang sekeliling.. tidak kira la lelaki atau wanita..emm...tambahan pula bila tengok kawan - kawan ramai yang dah kahwin dan dah ada yang menimbang cahaya mata...memang terasa nak kahwin..hehehe

Tidak lama lagi cuti akan bermula..banyak la kad - kad undangan dihantar..sekarang ni pun dah dapat 5 kad..fuh! Jenuh gak la nak mengatur masa untuk menghadirinya. Tapi seronoknya dapat jumpa kawan - kawan lama dan sedara mara...hehehe makan free.



Macam saya tidak terasa sangat mungkin kerana masih ramai lagi kakak - kakak dan adik - adik disekeliling yang masih belum ke pintu gerbang...hehehe salahkan orang plak....(^^,) Tambahan pula jadual penuh dengan aktiviti yang menarik..jadi tidak la terasa tertekan sangat nak kahwin...ops!



Kenapa nak kahwin? Mungkin soalan ni pun tidak dapat nak jawab jadi tu la antara sebabnya kenapa tak kahwin - kahwin lagi hehehe...mungkin jawapan ada kat bawah ni..jom kita layari jawapannya......

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu seronok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya,“Kahwin untuk apa?”

Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.

Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah.

Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.


Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan.Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya?

Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?

Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah.

Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun dengan Allah. Allah taala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah.

Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah.Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.

Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.

Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.

Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya.

Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman.

Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?

Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.

Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?

Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO. Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya, ‘Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini?’ Kata saya, ‘Senang saja. Puncanya mereka tidak solat.’ Dia terperanjat kerana berdasarkan kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu agama. Orang yang solat.

Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: "Siapa yang solat yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dia tidak solat." Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya dia bukan semakin hampir dengan Allah tapi bertambah jauh dari-Nya.

Jadi konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.

Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.

Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?

Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.

Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.

Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin? Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.

artikel ini di petik dari: http://halaqah.net/v10/index.php?article=27.0




Ya, Allah segala yang aku buat hanya kerana-Mu..InsyaAllah
Author: Amakusa
•9:15 PM
Saat dalam perjalanan mungkin kita masih keliru arah yang mana kita mahu tujui...mungkin kita masih keliru dengan tujuan hidup kita...

Ke manakah tempat yang harus kita tujui..................

Dalam perjalanan banyak sekali kita lihat jalan - jalan yang boleh kita lalui...tapi yang mana satu jalan yang harus dilalui untuk menuju ke destinasi? Jalan mana???Pilih jalan ini ...la kembali ke tempat yang sama...macam mana ni???

"Ya Allah tunjukkan kami jalan ke tempatMu"....

"..tunjukilah kami yang lurus (1:6) Iaitu jalan yang Engkau telah kurniaan nikmat kepada mereka, bukan (jalan ) orang - orang yang engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang - orang yang sesat (1:7)."


Saat perjalanan, mungkin ada masa kita mengalami kecederaan dan kesulitan. Sehingga kita membuat pilihan untuk terus berehat sehingga luka - luka yang dialami itu sembuh. Tapi ada juga pilihan kita untuk terus ke perjalanan tanpa menghiraukan rasa sakit atau dengan menahan segala rasa sakit...Pastinya dalam kehidupan kita banyak mengalami pancaroba dan dugaan...namun kita harus menghadapi dengan cara kita yang tersendiri....lihat sekeliling kemungkinan dapat membantu untuk mencari penyelesaian..

" ...dan mintalah pertolongan (kepada Allah ) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang - orang yang kusyuk. (2:45)"

Semakin lama perjalanan semakin penat kita, ya kadang kala terasa sangat penat dan letih...hampir - hampir berputus asa untuk meneruskan perjalanan...untuk berhenti ....tak mungkin kita berhenti separuh perjalanan sedang perjalanan masih jauh...jadi bagaimana? Rasa seperti ingin menangis huhuhu....

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang - orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang - orang yang beriman (3:139)"

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir (12:12)"

Jauh lagikah perjalanan kita...Apakah jalan yang kita pilih ini benar. Jalan ini masih panjang kawan tapi tidak bererti tiada penghujungnya. yakinlah kita pasti menemui destinasi yang kita tujui. Pastinya semasa perjalanan kita mengalami kelukaan dan tidak mustahil kita juga menemui taman bunga sebagai motivasi untuk kita meneruskan perjalanan yang panjang ini...Sebuah perjalanan kehidupan yang pastinya menuju ke sebuah tempat yang semua menuju ke sana.

"..Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dariNya. hanya kepadaNya aku bertawakal (9:129)"